welcome to my blogger perjalanan hidup iman , hope enjoy reading my story about : ) thank you for your visited : )

Friday 28 October 2011

cinta itu buta,,,buta sebab xde mata

BAHASA&CINTA-
MENCINTAI BAHASA DAN DICINTAI

Bagaimana hendak memulakan perkenalan?mengenyit mata?atau mungkin juga kelihatan nakal dan penakut.mengapa tidak saja hampiri dan hulurkan salam dengan senyuman?nampak lebih budiman.

tetapi biarlah kena pada tempat nya.jangan pula cuba menjadi budiman apabila si dia sedang laju melangkah menuju ke tandas awam.nanti kemungkinan lain pula yang jadi.

sekiranya sudah mula berkenalan,kita
mula bertukar nombor telefon ataupun ID akaun FACEBOOK.Tentu perasaan terus bergelojak mahu terus berhubung.kita mula menghantar pesanan menggunakan SMS ataupun kemudahan sembang di laman


 FACEBOOK.Kita cuba mengenali si dia dengan lebih mendalam dengan bertanya khaabar dan melontarkan soalan yang paling syadhu serta digunakan oleh hampir 90% rakyat MALAYSIA yang cuba mencari cinta,iaitu,kata-kata yang berbunyi
"SUDAH MAKAN BELUM?"

Kita menunggu,lalu seketika kemudian si dia membalas,"SUDAH,"hati melonjak riang,lalu dengan pantas kita menaip"MAKAN PERRR?

Pada diri kita mungkin tiada salahnya soalan itu,satu soalan retorik yang cuma mahu memanjangkan perbualan.Tetapi kita tidak sedar,soalan dengan cara tulisan sebegini adalah satu malapetaka!Kita belum benar-benar mengenali si dia.
                                                        
perkara pertama.Mungkin si dia seorang yang sensitif.Mengapa saya katakan ia satu malapetaka?adakah kita sedar,sekiranya dibaca 
soalan yang ditulis tadi,kita seperti mendesak si dia supaya lekas menjawab.tulis dengan satu tanda soal sudah cukup.Sekiranya  lebih daripada satu,pertanyaan kita tadi dibaca sebagai satu paksaan.Si dia mungkin tertanya-tanya mengapa sehingga dirinya perlu didesak bagi menceritakan apa yang dimakannya?Mungkin si dia juga terfikir,belum ada apa-apa hubungan sudah mahu sibuk.Inilah malapetaka!

Begitu juga dengan penggunana tanda seruan.Cukuplah kita gunakan satu sahaja tanda seruan di penggujung ayat.Sekiranya diletakkan lebih daripada satu,ia menggambarkan seolah-olah penulisannya sedang marah dan menjerit-jerit.

Perkara kedua.Kita menulis dengan perkataan singkatan dan menggunakan bahasa SLANGA.Perkataan  singkatan yang ditulis mungkin membawa maksud yang lain apabila

orang lain membacanya.Risikonya ,apa yang kita mahu beritahu mungkin tidak kesampaian dan disalah tafsir.Keadaan ini dapat menimbulkan salah faham.Ia juga dapat menimbulkan persepsi penulisannya seorang yang terburu-buru dan gopoh.


Penggunaan bahasa SLANGA pula seolah-olah menunjukkan kita cuma mahu bermain-main dan tidak serius.Apa sahaja yang kita tulis menggunakan bahasa SLANGA ini tidak akan dipandang berat oleh orang lain.Mungkin kita mahu menyampaikan satu berita yang serius.Tetapi disebabkan kita gagal berbahasa dengan baik ,tiada siapa mahu mendengar apa yang kita hendak sampaikan .Mungkin bagi kita,dengan menulis ringkas dan berbahasa SLANGA ini hanya perkara biasa,tetapi kita perlu sedar impaknya adalah besar.

Jadi,cuma dengan satu ayat yang tidak ditulis dengan baik,si dia dapat membuat pelbagai persepsi negatif ke atas kita.Kita mungkin dianggap seorang suka mendesak,gopoh dan terburu-buru,tidak serius dan tidak tahu bahasa.Maknanya secara tidak langsung,"saham"kita bagi meraih cinta sudah merundum.

Sekiranya kita berkomunikasi tanpa bersemuka dan tanpa suara,apa yang ditulis itu penting.Apabila kita menulis dengan baik,penuh perkataan dan lengkap ayatnya,pihak di sebelah sana berasa senang dan selesa berhubung dengan kita.Tiada istilah "SKEMA"perlu dibangkitkan.Ia melambangkan rasa hormat kepada orang yang berhubung dengan kita.Sekiranya kita menghormati orang lain,kita akan dihormati.Sebenarnya,cinta itu bukan hadir kerana cantiknya rupa ataupun harumnya bunga.Cinta itu datangnya daripada moleknya bahasa.Sekiranya tidak,manakan mungkin wujudnya pantun,gurindam dan
 seloka-lantunan indah bahasa orang dahulu kala yang digunakan buat hiburan juga memikat.Mereka sudah sedar peri pentingnya bahasa ini.Jadi
akhir kata,cintailah bahasa kita,maka kita kelak dicintai
iman-


No comments:

Post a Comment